14 November 2009

Kamu nak bahagia?


credit : we ♥ it

Letakkan hatimu dekat denganNya.

09 November 2009

Sehabis baik




"Ihsan lah kamu dalam setiap pekerjaan yang kamu lakukan".

Dan kata-kata dibawah ini dipetik dari blog kakak comel ini. Mudah-mudahan menjadi penyubur semangat untuk saya dan anda juga.

bersifat IHSANlah dalam pelajaran kalian..

aku teringat pesan seorang guruku di KISAS suatu ketika dulu agar tuntutlah ilmu dengan ihsan…

konsep ihsan dlm diri seorang muslim yang belajar:

kalau cuai dalam belajar, dia zalim

kalau belajar sekadar kemampuannya, dia adil

kalau belajar bersungguh-sungguh dan tekun, dia IHSAN.

semoga dipermudahkan urusan kalian di sana dan selamat berjuang, selamat memburu jannahNya!

08 November 2009

Zahir tak terucap






p/s : Bila DVD filem ni nak sampai Malaya?

31 October 2009

Kita semua nak jadi bijak.

"Dan saya akan manfaatkan setiap saat dalam hidup saya, kerana saya akan habiskan hari-hari terakhir saya di samping orang yang saya sayang." - Katrina.

Caya lah Nur Kasih episod minggu ni. Bikin yani study cirrhosis of liver on the spot. Sape kata tengok Nur Kasih tak berfaedah untuk medical student? Terus I jadi rajin nak study dengan kiasu sebab topik yang dah banyak kali lecturer ajar macam ni pun slow nak recall.

Pengajaran yang kita kena ambil dari sini ialah kita memang kena selalu bersedia. Bersedia untuk akhirat. Sebab kita tak tahu bila masa kita di dunia ni tamat tempohnya.

Abdullah bin Umar r.a berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah s.a.w. lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah: “Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Orang yang lebih baik di kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia.”

Kemudian lelaki itu bertanya lagi: “Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?” Jawab Nabi s.a.w.: “Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati.”


Kenapa orang yang mengingati mati orang yang bijak?
Jom kita fikir-fikirkan.

Saya tinggalkan anda dengan klip video pilihan minggu ini. Selamat bermuhasabah.




14 October 2009

60 minutes

I would like to share with you regarding the distribution of time during a long case. Since we are given only 1 hour to complete everything, it is very important for us to manage our time wisely. This tips are given by one of the external examiner.

1st 10 minutes :
Establish RAPPORT with patient. Start asking the history. Ask her name, age, occupation, date of admission, chief complaints etc etc. Continue asking the HOPI.

2nd 10 minutes :
Start EXAMINING the patient. While doing that, continue to ask further history from the patient e.g. his past medical and surgical history, family, personal, social, menstrual(for ladies) and treatment history.

3rd 10 minutes :
Try to finish your history and examinations. You should start WRITING your history and examination NOW. No need to write long sentences, just important points so that you won't forget them when you present them to the examiners later.

Next 10 minutes :
Now you only have 30 minutes left. For these 10 minutes, check your draft. Is there ANYTHING MISSING in your history? Have you completed all the examinations? If not, PLEASE CHECK your patient AGAIN.

Next 10 minutes :
Should you have completed your long case, now THINK about all the DIFFERENTIAL DIAGNOSIS, what sort of QUESTIONS (either investigations, management or basic anatomy and physiology) will the examiners ask you and try to formulate the ANSWERS here itself.

Last 10 minutes :
You are READY for the WAR. Relax and be CONFIDENT.


GOOD LUCK !!

[+]

Kalau saya, saya suka fikir tentang differentials tu sewaktu HOPI dan tanya soalan untuk rule out mereka satu demi satu.

12 October 2009

It's not what you think, Sayang.

Mana-mana student pun akan study dengan tekun bila peperiksaan hampir dekat. Busy memanjang. Busy study la kan. Dan kadang-kadang bila naqibah kata nak buat usrah ke daurah ke, rasa macam tak berapa nak pergi je. Sebab dalam hati ada perasaan yang 2 jam masa pegi program tu kalau digunakan untuk study, mesti banyak dah yang dapat dicover. Sebab kita, yang bernama manusia ni, yakin yang kejayaan yang kita dapat dalam exam tu adalah semua kerana usaha kita. What you give you get back. You study banyak, you dapat distinction. Kalau you study sikit, result you suam-suam kuku je.

Tapi betul ke, kelulusan kita dalam exam tu, memang solid hasil usaha kita sahaja, tanpa ada unsur-unsur lain?

Kamu rasa macam mana?

Firman Allah SWT yang bermaksud,

'Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, "Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku." Sebenarnya itu ialah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.' (Az-Zumar:49)

Terasa kan.

Point nya disini ialah, kejayaan yang kita dapat itu bukan sebab kepintaran kita semata-mata. Tapi sebab Allah nak bagi kita benda tu. Katakanlah, benda tu bukan rezeki kita, study banyak mana pun, result yang kita dapat tak sehebat yang diharapkan.

Saya tidak menolak peri pentingnya kita berusaha dan belajar bersungguh-sungguh. Cuma kena betulkan hati kita. Jangan bergantung kepada makhluk (i.e usaha-usaha kita). Kita kena letakkan 100% keyakinan bahawa apa yang kita dapat tu, memang Allah nak bagi kita.

Apa kaitannya dengan usrah dan masa study?

Bak kata seorang kakak, semua orang pun nak study, semua orang pun sibuk, tetapi kenapa asyik nak kasi alasan tak dapat nak pegi usrah sebab nak exam? Bukak Facebook berjam-jam ada masa pulak. (Ambik sebijik kena atas kepala aku). Kata dia, keberkatan masa yang kita guna untuk study tu yang penting dan keyakinan kita bahawa Allah akan tolong kita. Mungkin dengan keberkatan masa yang kita spend sikit untuk usrah tu, Allah mudahkan urusan kita, belajar 1jam pun kita dapat sama macam orang yang belajar 5jam. Kan syok tu !

Ok, jom study!

p/s: Kak Fyd, Kak Dina dan Kak Neem, ajak la saya kalau ada apa-apa program. Kalau saya kasi banyak alasan, ingatkan saya dengan Surah az-Zumar:49 ni. Ok?

03 October 2009

Yang kamu suka dan yang kamu redha

"Cinta sahaja tidak cukup untuk kebahagiaan.
Tanpa iman dan ilmu , perkahwinan ibarat meniti jalan yang rapuh."
- Aidil Hj Hassan.


Orang kata cinta memang penting untuk sesebuah rumah tangga, tapi cinta sahaja tidak mencukupi. Yang mengekalkannya ialah selalu berterus-terang dan saling mempercayai antara suami dan isteri. Orang lain kata, saya tak kata.

Masih selesa dalam fasa sahabat. Masih terlalu awal untuk berkata ya. Masih dan sedang menilai dia.

Doakan untuk yang terbaik. Semoga setiap keputusan yang kita buat datang dari Allah.