Assalamualaikum. Lama giler tak blog kan? Masih ada, cuma tidak ada cerita untuk dikongsikan.
Sudah hampir 4minggu bekerja. Alhamdulillah. Sudah boleh adjust dengan kehidupan sebegini. Kehidupan yang orang ramai kata tak ada life. Pagi petang siang malam, di hospital sahaja. Public Holiday, Weekend, dah tak ada makna. Setiap hari pun bekerja. Cuma yang beza, kalau weekend boleh balik awal sedikit, 3.30pm. Hari-hari lain, 6.50am-5.00pm, kalau tak oncall la.
Yani sekarang di Jabatan Pediatrik. Jaga Special Care Nursery dan NICU untuk beberapa minggu sebelum pergi ke wad kanak-kanak (mengikut rotation yang Captain sediakan). Tapi kalau time oncall, kena pergi juga. Suka kerja disini (baca: SCN) sebab melihat baby yang putih bersih tanpa dosa, hati rasa tenang. Di wad, lain rasanya. Mungkin sebab kanak-kanak besar sedikit mencabar bila nak set line dan ambil darah.
Bunyi macam yani mengeluh je kan. Tak lah. Cuma cerita. Ini adalah kehidupan seorang UD41. Ada life atau takde life, bergantung kepada cara kita melihatnya. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Saya masih boleh gurau-gurau dengan kawan sekerja. Kalau kena marah, angguk dan minta maaf. Setiap hari belajar. Dan masih ada palpitation setiap kali oncall. Selalu saya minta, moga Allah mudahkan semua urusan, minta Allah jangan bagi beban yang saya tak mampu tanggung. Alhamdulillah, so far, masih sempat tidur sejam dua walaupun oncall.
Cuma, rindu sangat nak pergi usrah. Nak pergi program. Dengan jadual sekarang, entah la. Kena pandai cari masa. Saya tak nak hidup macam robot, duk ulang buat rutin yang sama tiap-tiap hari, tapi jiwa kosong.
Because there's a difference between living life and merely being alive.
3 pesan:
salam yani
awa pun kt peads skng
tp starting tomorrow tinggal 3minggu lg nak abis da my peads rotation
lg 6 kali oncall oyeh
(pathetic tak if we count our oncalls.. ngeh3~)
tahniah yani da jd UD41
good luck!
muahmuahmuah~
wah, ye ke. best tak paeds? yani oncall bulan ni 8. 1 EOD. takpe awa, awa kat sana pun dah macam UD41 kan. mesti skill awa lagi mantap dari yani yang br 1 bulan kerja :)
berusaha kak yani!!
iA,Allah mudahkan :)
Post a Comment