Saturday, September 18, 2010

A woman's heart should be so lost in Allah that a man must seek Him in order to find her.

Musim cuti sekolah = Musim orang kahwin. Tak. Bukan saya yang kahwin. Orang lain. :)

Cuma tiba-tiba teringat, soalan adik bongsu sewaktu di kampung semasa pulang berhari raya tempoh hari.

"Kak Yani, betul ke hang tak ada bf?"
"Yup. Kenapa? Nampak macam ada ke?"
"Tak pun , tapi takkan tak ada orang mengorat hang?"
"Tak. Hahahaha. Kak tak mengorat dan 'diurat'. Pelik tiba-tiba adik tanya. Awat tiba-tiba tanya soalan ni?"
"Saja. Sebab kawan-kawan orang kakak dengan abang depa semua dah nak berkahwin."
"Oh. Nanti sampai la turn adik dapat abang ipar. Cuma kena la sabar sikit sekarang."

Mungkin dah sampai masa untuk adik tahu, cerita di balik tabir.

Sebab jodoh juga macam benda lain, kena usaha untuk mendapatkannya. Jodoh tak datang bergolek.

Maka saya ceritakan kepada adik supaya adik tahu bahawa kakaknya ini berusaha ke arah itu, cuma caranya berbeza dengan kakak dan abang kawan-kawannya. Terlalu peribadi untuk diceritakan disini dan terlalu awal untuk diceritakan. Memang tak ada jawapan apa-apa lagi. Dan lagipun, elok juga, memandangkan saya mahu habis belajar terlebih dahulu. :)

Saya ceritakan semuanya tanpa selindung kepada adik. Supaya adik tahu, saya mahu mencari menantu yang terbaik untuk ayah dan umi. Yang sayang ayah, umi dan adik2  seperti ibu bapa dan adik-beradiknya sendiri. Yang boleh bercakap soal-soal agama dengan ayah. Yang boleh mewarisi kitab-kitab agama ayah. Yang akan ke masjid bersama-sama ayah. Yang boleh menjadi imam dengan penuh yakin walaupun menjadi imam terjun. Yang akan menghidupkan sunnah Rasulullah dalam rumahtangganya. Yang satu fikrah. Yang faham tugas dan kareer saya. Yang boleh menyokong saya dalam susah dan senang. Yang boleh menjadi tempat adik-adik bergantung sekiranya ayah,umi atau saya sudah tiada kelak.


"Bukan kakak tak fikir. Dan bukannya bila adik tengok kakak single, kakak duduk melangut tunggu jodoh datang dari langit. Alhamdulillah, ini semua pun atas inisiatif kakak naqibah yang nak menjaga kebajikan kakak."

"Bunyi macam Bestnya cari jodoh macam tu. Kak Anis pun akan macam hang jugak ka?"

"(Senyum) Bunyi macam sweet kan. Insha Allah, adik pun tahu kan Kak Anis pun ada usrah dia sendiri. So ada kemungkinan dia pun akan sama macam kakak."

"Syokla hampa, nanti dapat kahwin dengan orang baik-baik. Orang macam mana pulak? :("

"Adik kan kecil lagi. Belajar dulu. Kalau ada institusi usrah kat tempat adik belajar tu, join la. Tapi join bukan sebab nak cari suami soleh. Join sebab kita yang nak jadi solehah. Sampai masa nanti, yang soleh akan mencari adik. Insha Allah. Allah kan dah janji dalam Surah an-Nur ayat 26."

"Adakah kakak dah menjawab soalan adik?"
"Hehehe. (Angguk)"

Alhamdulillah.

3 pesan:

ila ni said...

weee yani dah menemui cara nak cari lelaki soleh, bestnye ;)
semoga jodoh yani adalah yang terbaik untuk yani & keluarga.

::ANisAh:: said...

haha..lawak la..
but yet, bersyukur jugak bila adik membayangkan satu kebaikan dgn mencari jodoh dgn cara tu..

now, i'm expecting adik akan tanya soalan yg sama bila i balik nanti..ish, nakal betul la budak tecit tu..

yaNi said...

ila : amin. terima kasih atas doanya. insha Allah, yani doa yang sama untuk ila. bilo nok ajak yani make nasik minyok ila?

anis : yup. yang lagi lawak ialah apabila ayah tanya pasal calon suami. kakak jawab kakak nak yang macam di atas. beriman etc etc. ayah seronok dengar jawapan macam tu. then suruh i bincang dengan adik2 supaya adik2 pun ada keinginan nak cari orang gitu. adoi...