Monday, August 9, 2010

Buatku tersenyum

Assalamualaikum to all.

Hari ni nak share something yang sangat mengkagumkan yani.

Weekend lepas yani pergi ke JB sebab ada program yang penting. Bukan nak cakap pasal program tu, tapi nak cakap pasal anak penganjur program.

Budaknya kecil lagi. Dalam 4 tahun kut. Pakai baju bunga2 kecil comel sekali. Leka sungguh perhatikan budak ni. Dia tengah main dengan anak patung dia time tu. Kalau kawan-kawan recall balik, zaman dulu kalau kita main anak patung, mesti mulut becok cakap macam main pondok-pondok. Ala budak-budak, apa la yang kita tahu time tu. Asyik bersukaria sahaja kan. Mengaji pun baru muqaddam. Zikir jarang-jarang (ni time yani 4 tahun dulu la, masa tu lancar baca doa makan je)


Tapi surprisingly budak yang comel ni, dia dukung anak patung dia (kecik je, barbie doll kalau tak silap) letak kat bahu, she pat on the back of the doll sambil berzikir mengalunkan La Ilah Illa Allah as if tengah dodoikan bagi patung tu tidur.

Comel bukan? ^^

Kagum giler dengan parents dia, tup tup dalam hati, alangkah bestnya kalau aku pun esok-esok ada anak macam ni. ;)

Kalau lah budak sekecil itu pun ringan berzikrullah, kita macam mana pula? Takkan nak kalah dengan budak kecil tu kan.

Jom jom banyak berzikir kepada Allah, apatah lagi dalam bulan Ramadhan nanti.

Selamat melalui madrasah Ramadhan.


p/s : sedang bersedia ke arah itu. Doa-doakan. :)

2 pesan:

Si Jelita said...

yang...bersedia apakah?
ramadhan kareem yang!

yaNi said...

Yang, hehe. bersedia untuk Ramadhan dan juga itu. ^^*

RAmadhan kareem to u too :)