Pagi tadi yani pergi dengar satu perkongsian oleh Pakcik Roslan. Banyak yang pakcik sampaikan, tapi yani nak kongsi kisah khalifah 'Umar bin 'Abdul 'Aziz dan anaknya, 'Abdul Malik yang yani rasa menarik untuk kita tahu dan sedikit sebanyak ambil pengajaran daripadanya.
p/s: kalau tak rajin nak baca semua, baca tulisan yang yani buat warna merah pun ok dah :)
Ceritanya begini.
Belum sempat lagi Amirul Mukminin 'Umar bin 'Abdul'Aziz membersihkan tangannya dari debu kubur khalifah sebelumnya, Sulaiman bin 'Abdul Malik, tiba-tiba beliau dengar bunyi bising di sekitarnya.
So, dia tanya, "Apa ni?"
Rakyat menjawab, "Ini adalah kenderaan Khalifah, telah disiapkan agar engakau menaikinya wahai Amirul Mukminin." Umar tengok kenderaan tu dengan sebelah mata, kemudian dia berkata dengan suara gementar dan terputus-putus sebab dia penat dan kurang tidur, "Apa kaitan kenderaan tu dengan aku. Jauhkanlah dia dari aku, mudah-mudahan Allah memberkati kalian. Dan tolong bawa kemari keldaiku, kerana itu sudah cukup bagiku."
Kemudian, belum sempat lagi beliau membetulkan posisi duduk beliau di atas punggung keldai, datanglah seorang komandan polis berjalan didepannya. Bersamanya ada sekelompok anak-anak buahnya yang berbaris di kiri dan kanan Amirul Mukminin. Ditangan mereka ada tombak yang berkilat-kilat. 'Umar bin 'Abdul 'Aziz menoleh ke arah mereka dan berkata, "Aku tak perlukan kamu dan mereka. Aku hanya orang biasa dari kalangan kaum muslimin. Aku berjalan pagi dan petang sama seperti mereka."
Selepas itu, beliau berjalan dan orang-orang berjalan bersamanya sehingga memasuki masjid dan orang-oramg yang dipanggil untuk solat, "Ash-Shalatu Jami'ah.. Ash-Shalatu Jami'ah"
Sesungguhnya, aku telah melepaskan baiat yang ada di pundak kalian untukku, untuk selanjutnya kalian pilihlah dari kalangan kalian sendiri seorang khalifah yang kalian redhai.”
Lantas orang-orangpun berteriak dengan satu suara, “Kami telah memilihmu, wahai Amirul mu’minin dan kami redha terhadapmu. Maka aturlah urusan kami dengan berkat karunia dan barakah Allah.”
Ketika suara-suara telah senyap dan hati telah tenang, beliau memuji Allah dan menyanjung-Nya sekali lagi dan bershalawat atas Muhammad, hamba dan utusan Allah.
Beliau mulai menganjurkan orang-orang supaya bertakwa, mengajak mereka supaya berzuhud dari kehidupan dunia, mengingatkan mereka kepada kehidupan akhirat dan mengingatkan mereka kepada kematian dengan intonasi yang dapat melunakkan hati yang keras, sampai air mata bercucuran dengan deras dari para pendengarnya.
Kemudian beliau meninggikan suaranya yang agak serak supaya semua orang mendengarnya,
“Wahai manusia barangsiapa yang taat kepada Allah, maka dia wajib ditaati. Dan barangsiapa yang bermaksiat kepada Allah, maka tidak seorangpun yang boleh ta’at kepadanya. Wahai manusia, Taatilah aku selama aku mentaati Allah dalam menangani urusan kalian. Jika aku bermaksiat kepada Allah, maka kalian tidak usah taat kepadaku.”
Kemudian beliau turun dari mimbar untuk menuju ke rumahnya dan masuk ke kamarnya. Beliau benar-benar ingin mendapatkan sedikit istirahat, setelah kelelahan yang amat sangat, semenjak wafatnya khalifah sebelumnya.
Akan tetapi, ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz baru saja mahu meletakkan punggungnya di tempat tidurnya, hingga datanglah anaknya, 'Abdul Malik yang waktu itu baru menginjak usia tujuh belas tahun.
Lalu anaknya berkata,
“Apa yang ingin engkau lakukan, wahai Amirul mu’minin?!!” Ayahnya menjawab,
“Wahai anakku, aku ingin tidur sejenak, kerana sudah tidak tersisa lagi tenagaku ini.”
“Apa yang ingin engkau lakukan, wahai Amirul mu’minin?!!” Ayahnya menjawab,
“Wahai anakku, aku ingin tidur sejenak, kerana sudah tidak tersisa lagi tenagaku ini.”
“Apakah engkau masih ingin tidur sejenak sebelum mengembalikan hak-hak orang yang dizhalimi, wahai Amirul mukminin?!!” kata anaknya lagi.
Lalu sang ayah menjawab,
“Wahai anakku, sesungguhnya aku tadi malam bergadang malam (tidak tidur) kerana bersama pakcikmu Sulaiman. Nanti kalau sudah datang waktu Dzuhur, aku akan solat bersama orang-orang dan akan dan aku mengembalikan hak-hak orang yang dizhalimi tersebut, insya Allah.”
Sang anak berkata lagi,
“Siapakah yang menjaminmu, wahai Amirul mukminin kalau usiamu hanya sampai Zhuhur?!”
Ucapan ini berhasil membakar semangat Umar dan melenyapkan rasa menagntuk dari kedua matanya. Badannya yang sebelumnya sangat penat terasa kuat dan segar. Ketika itu berkatalah dia kepada sang anak,
“Mendekatlah kemari wahai anakku.!”
'Abdul Malik pun datang dekat dengan ayahnya, dan Umar langsung memeluk serta menciumi keningnya seraya berkata,
“Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan dari keturunanku orang yang menolongku di dalam menjalankan agama.”
Kemudian beliau berdiri dan menyuruh supaya di umumkan kepada orang-orang, “Barangsiapa yang merasa teraniaya, maka hendaklah dia mengajukan perkaranya.”
Pengajaran dari cerita di atas :
Yani tertarik dengan ayat yang dimerahkan dan ditebalkan. (yes, yang berwarna merah dan di boldkan itu)
Bukan apa, kena atas batang hidung sendiri. dulu masa posting kat muar, kan penat sangat, lepas maghrib je, terus rebah. rebah dengan kain sembahyang. tak larat nak tunggu solat isya pun. nanti pukul 3 pagi bangun lah solat isya, dan qiyam terus. kononnya. tapi tak pulak. lepas solat isya, sambung tidur, study ke mana, qiyam apatah lagi. kadang-kadang bersyukur sebab Allah izinkan jaga awal sebelum subuh sebab boleh solat isya', kalau tak rasa bersalah sebab dah tinggal solat. tau tu dosa.
pelik kenapa rasa seolah-olah ada jaminan bahawa kita ni akan masih hidup lagi selepas bangun tidur (tu pun kalau Allah izinkan bangun) . sedangkan there is no such thing. kita tak tahu mati bila. sebab tu kena selalu hati2. nak buat apa pun beringat. insha Allah.
moga jadi peringatan untuk kita, especially yang bercakap ni.
Ighfirlana, ya Allah.
3 pesan:
salam kak yani..jazakillah for sharing!!!!^_^
wow yang....
i like this post...
and d new layout too...
Nurani:Wsalam. Afwan :)
Jelita: Itulah, anak khalifah Umar bin Abd Aziz tu macam sangat wow.Mantap sangat. berharap ada anak2 macam ni satu hari nanti. Thanks for liking my layout, tapi ada kelemahannya, iaitu, kalau nak tau kawan2 update ke tak,kena klik setiap link tu. Kalau dulu, boleh tengok dengan senang sape yang update.huhu.
Post a Comment