Mata bengkak. Hidung merah. Kepala sakit. Tisu.. err tisu tak terjejas pun sebab lap air mata pakai hujung lengan baju. Wah, tradisional habis la Yani. Salahkan Chin cun itu yang menggoda yani menonton Nur Kasih.
On Adam :
Karekter 'rebellious' sebijik macam Amirah si bongsu. Budak-budak pandai macam dia mana boleh dimarahi selalu. Melawan la dia. Nak tegur ada caranya.
On Aidil :
Siapa la yang tak berkenan perangai bejurus macam ni? Muka jernih dan mendamaikan, senyum manis terlebih gula. Lengkap serba-serbi. Agamanya. Dunianya. Akhlaknya.
On Haji Hassan :
Sangat teringat ayah bila tengok scene dia rotan Adam sebab tak ikut mengaji al-Quran. Kami adik beradik dulu selalu kena rotan (pembaris, bukan rotan betul) di tangan sebab tak bijak sangat mengaji. Walaubagaimanapun disebabkan ketegasan ayahlah, alhamdulillah kami adik beradik khatam seawal darjah 2.
Walaupun niat dia baik, menjodohkan Adam dengan Nur sebab nak selamatkan Adam, tapi saya sangat protes. Kesian Aidil. Bukan senang nak tukar perasaan sayang teramat suka kepada perasaan sayang sebagai adik ipar. Perasaannya sangat makan dalam.
On Hajjah Khadijah :
Wanita ini memang comel la. Terlalu.
H : Isteri orang ada intan berlian. Isteri abang?
K : Isteri abang ada abang.
Kalau saya kahwin esok-esok, saya mahu jadi lebih comel dari Hajjah dalam bab bersyukur dengan pemberian suami.
On Nur :
Kesian Nur. Cita-cita tinggi nak masuk universiti. Dapat scholarship lagi, tetapi ayah dia terima pinangan Haji Hassan untuk Adam tanpa persetujuan dia. Kalau suami nya memahami cita-citanya takde masalah, kalau suami tak faham, kan masalah tu.
Ayah takkan terima pinangan sesiapa tanpa persetujuan kakak kan?
Tutup cerita Nur Kasih.
Cerita Nur Ilyani pula. Eh, Nur? Oh maaf, tiada Nur depan nama Yani. Kesilapan menaip amat dikesali.
Saya rasa penat sangat. Dehydrated mungkin sesudah beriya menangis. Sudah lah. Buku lencun. Kepala sakit. Hati kurang stabil. Semoga selepas bangun dari tidur, semuanya sihat kembali.
Review Cerekarama Tunjang Sa’adah TV3
2 hours ago
8 pesan:
biasa la tu yang....
x semua perempuan baek tu dpt laki....
kenapa?....sebab tuhan nak uji kesabaran die....
seperti Asiah...hehe....
asiah asiah.. memang penyabar sungguh dirimu. :)
tapi kan yang, i rasa adam akan jadi baik la nanti.
Ilyani menangih sbb tgk Nur Kasih ke? (kompius)
mata ada masuk habuk la yang.
mesti ending cerita ni samada Adam jadi baik atau Aidil akhirnya dpt kahwin dgn Nur...kan?? kan??
rasanya adam jadi baik dan hidup dengan nur sampai akhir hayat.
salam kak yani
jap2, nur kasih tu novel ke cerita?
xphm huhuhu
salam maisarah.. cerita di tv3 sayangku.
Post a Comment